Jumlah Pelawat

Wednesday, October 19, 2011

Jika Najib pemimpin hebat, beliau akan menerima perlawaan Anwar untuk berdebat.




Senario politik Malaysia telah menempuh satu zaman baru yang lebih menumpu kepada perdebatan sihat adalah sesuatu usaha yang baik di negara ini. Debat adalah pelakuan antara dua individu atau lebih mempertahankan pendapat mereka dengan mengemukakan nas-nas atau hujah dan disokong oleh fakta-fakta yang sahih. Debat ini merupakan sesuatu yang baik untuk meleraikan segala kekeliruan dan kecelaruan yang dihadapi oleh rakyat.

Walaupun kadangkala kita tidak menyukai negara Amerika Syarikat (AS) kerana dasar luarnya, namun tradisi perdebatan yang diamalkan setiap kali tiba musim pilihanraya antara dua calon presiden dinegara itu sememangnya telah memberi manfaat kepada rakyatnya untuk memilih pemimpin yang benar-benar layak untuk menduduki rumah putih.

Tokoh ilmuan dan pendakwah islam terkenal iaitu Ahmad Deedat suatu masa dahulu juga pernah menggunakan kaedah berdebat ini dengan paderi-paderi kristian untuk membuktikan bahawa agama islam itu lebih bersifat lengkap dan nyata.Tidak hairanlah acara “debat” ini menjadi program wajib di setiap universiti-universiti bukan sahaja di negara ini, malahan diseluruh universiti terkemuka dunia kerana ianya mempunyai banyak kebaikan terutamanya untuk memupuk pemikiran pelajar kearah kritis dan kreatif dengan bersumberkan kecerdikan ilmu berbentuk fakta.

Diatas kesedaran itu, acara debat ini perlu diangkat lagi martabatnya. Acara debat seharusnya diamalkan oleh pemimpin peringkat tertinggi negara yakni antara ketua kerajaan dan juga ketua pembangkang. Ini membolehkan mereka memberi hujahan secara “face to face” dan membiarkan rakyat menjadi juri yang adil.

Tidak silap Che Wan, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) pernah berdebat dengan Dato’ Ahmad Shabery Cheek pada penghujung tahun 2008. Sebagai Menteri Penerangan ketika itu, Dato’ Ahmad Shabery Cheek lebih banyak menyerang personaliti DSAI daripada mengeluarkan fakta berhubung ekonomi negara. Sebaliknya DSAI memberi hujahan dengan penuh fakta berbentuk statistik-statistik dan “figure” berguna dan lebih meyakinkan. Hakikat ini dipersetujui oleh beberapa pemimpin dari Barisan Nasional (BN) sendiri. Mantan perdana menteri, Tun Mahathir juga beberapa hari selepas itu menyifatkan Dato’ Shabery Cheek bukanlah lawan DSAI dalam acara debat ini. Semua rakyat mengakui bahawa acara debat itu telah “dimenangi” oleh DSAI termasuk penyokong kerajaan (walaupun tidak mengakui dalam bentuk kata-kata).

Sekali lagi DSAI mempelawa untuk berdebat. Tetapi kali ini beliau mempelawa Perdana Menteri selaku ketua kerajaan untuk sama-sama mengeluarkan hujah berhubung belanjawan 2012. DSAI yakin bahawa belanjawan yang dirangka oleh Pakatan Rakyat lebih membawa kebaikan daripada belanjawan kerajaan BN yang dibentangkan baru-baru ini.

Jika DSNR berani untuk mengkritik belanjawan Pakatan Rakyat dengan melabel ianya sebagai “right wing republican” (seperti di Amerika Syarikat) yang mana ianya bermaksud tanpa menumpukan kepada kebajikan rakyat, silalah kemukakan hujah tersebut sewaktu berdebat dengan DSAI. Jangan jadi seperti perilaku “baling batu dan kemudian sorok tangannya”. Seorang pemimpin hebat perlu berani untuk mempertahankan perinsip dan mara kehadapan jika dicabar. Debat adalah medium ilmiah untuk memberi penerangan kepada rakyat dengan lebih mendalam. Secara tidak langsung ianya dapat meningkatkan populariti dan krabiliti beliau (DSNR) jika hujahan-hujahannya itu meyakinkan. Beliau seharusnya tidak perlu berasa takut dan hanya berdiam diri jika diajak untuk berdebat. Debat adalah satu permainan adil dan mempunyai peluang 50-50 untuk menang. Semuanya terletak pada diri beliau dan kemampuan beliau untuk berfikir.

Akhir kalam, disini menampakkan bahawa DSAI cuba untuk membawa budaya politik dinegara ini kearah suatu dimensi yang baru. Politik perlu disandarkan kepada dasar ilmiah dan fakta-fakta agar pentadbiran dan pembanggunan dinegara ini menjadi lebih baik. Dengan berdebat, ianya dapat menajamkan kemampuan pemikiran bukan sahaja dikalangan pemimpin politik, malahan rakyat juga akan dapat kesan langsung yang positif. Nasihat Che Wan adalah jauhkan diri anda dari terjerumus kedalam politik kotor seperti fitnah, porno, video lucah, rasisme dan sebagainya.

0 Ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...