Jumlah Pelawat

Saturday, August 13, 2011

Apa implikasi kepada Najib pabila diheret menjadi saksi di mahkamah?

Langkah yang diambil oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) untuk memanggil beberapa orang individu berprofil tinggi seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansur serta bekas ketua polis negara iaitu Tan Sri Musa Hassan sebagai saksi bagi kes pertuduhan liwat yang sedang berlangsung merupakan suatu langkah bijak.

Ini kerana situasi seorang Perdana Menteri terlibat dalam kes perbicaraan mahkamah merupakan suatu perkara yang jarang-jarang sekali berlaku di negara ini. Ibarat permainan catur, perangkap yang dirancang rapi mirip skrip yang berlaku pada tahun 1998 telah memakan diri pihak-pihak yang mahu menjatuhkan kredibiliti DSAI.

Dengan pihak mahkamah mewajibkan 15 saksi dipanggil termasuk Perdana Menteri setidak-tidaknya ketika ini kita perlu memuji kredibiliti institusi kehakiman negara.

Disebabkan Datuk Seri Najib perlu hadir ke mahkamah dan memberikan keterangan, rakyat boleh menilai sedalam mungkin kaitan diantara beliau (Najib) dan juga kes liwat ini.

DSAI mungkin boleh disumbat ke dalam penjara pada tahun 1998 berkaitan kes liwat. Tetapi tidak pada kali ini. Segala pengalaman dalam prosiding perbicaraan terdahulu telah memberi pengajaran yang berguna kepada DSAI. Dengan “meminta” 15 saksi yang berkaitan kes ini, mahu atau tidak Datuk Seri Najib perlu menghadirkan dirinya demi untuk mendapat kepercayaan rakyat.

Lebih menarik, sewaktu memberikan keterangan, setiap saksi perlu bersemuka “face to face” dihadapan DSAI. Mungkin proses perbicaraan ini kelak akan menjadi suatu kes perbicaraan yang paling kontroversi dalam lipatan sejarah tanah air.

Ternyata keadaan ini akan memberi suatu kesan buruk terhadap karier politik Datuk Seri Najib. Dikala pilihanraya umum yang bakal dilangsungkan tidak berapa lama lagi, strategi yang digunakan untuk menfitnah DSAI seakan menjadi liabiliti kepada Barisan Nasional (BN) untuk kembali mendapat sokongan rakyat.

Che Wan berpendapat bahawa tempoh Datuk Seri Najib memegang jawatan sebagai Perdana Menteri mungkin tidak selama yang dipegang oleh Tun Mahathir. Ini ditambah dengan cabarannya untuk memancing pengundi-pengundi saluran tiga iaitu terdiri daripada generasi muda yang mempunyai pemikiran dinamik dan lebih terbuka.

Timbalannya iaitu Datuk Seri Muhyiddin Yassin merupakan calon terbaik jika mahukan BN atau UMNO itu mengekalkan survivalnya di dalam arena politik tanah air. Setidak-tidaknya timbalannya itu kurang dikritik dan terlibat dengan perkara-perkara kontroversi dan skandal politik.

Akhir sekali, mengguna strategi dengan mereka cipta pertuduhan untuk mengaitkan DSAI dengan kesalahan liwat telah memakan diri sendiri. Senjata yang digunakan selama ini untuk menyerang telah tumpul dan tidak mampu lagi diasah, lalu mencederakan diri sendiri....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...