Jumlah Pelawat

antara dua garisan: wajarkah ISA dimansuhkan..?




Isu samada ISA perlu atau tidak dimansuhkan telah menjadi satu isu perdebatan hangat sejak dari dulu ... Melihat pada sejarah awalnya, ISA (internal security act) telah dirangka pada tahun 1960 oleh Perdana menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman bagi mengatasi penyebaran ideologi komunisme pada waktu itu yang mana berpotensi mengangu-gugat keselamatan di dalam negara....Pada awalnya pengunaan akta ini amat bersesuaian dengan objektifnya untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan di dalam negara....namun demikian, setelah sekian lama negara kita ini mencapai kemerdekaan, akta ini secara sedar atau tidak telah disalah guna oleh sesetengah pihak tertentu untuk menjatuhkan seteru mereka terutamanya seteru politik....hal ini amat menyedihkan dimana tertuduh yang belum terbukti kesalahannya ditahan selama beberapa hari, bulan dan mungkin juga bertahun2 tanpa kebebasan dan juga perbicaraan....tujuan penulisan ini bukan lah untuk menyokong atau menentang mana2 pihak samada kerajaan mahupun pembangkang...cuma sesuatu kebenaran itu perlulah kita "angkat" supaya negara yang kita sayangi ini memperjuangkan kebebasan secara telus dan secara tidak langsung 'human right' setiap rakyat dinegara ini akan terbela....
      Secara personalnya saya berpendapat akta ini amat baik dan deperlukan bagi membendung anasir2 luar yang berbahaya. sebagai contoh, akta ini telah menahan beberapa pemimpin parti sosialis yang ternyata mahu menyebarkan ideologi komunis di negara ini selepas merdeka. akta ini juga begitu berguna dan "berkhidmat" untuk negara ini apabila pada 2002 penahan beberapa suspek yang terlibat dengan ekstremis agama iaitu Jemaah Islamiyah yang mahu merampas tampuk pemerintah negara melalui kekerasan....ini tidak dicampur seberapa banyak agen2 risikan dari negara luar yang berjaya ditahan dengan mengunakan akta ini....akan tetapi, ISA mempunyai contra nya yang tersendiri....pemimpin terdahulu ada menggunakannya untuk melenyapkan suara2 minoriti yang pada waktu itu memperjuangkan hak mereka secara lantang....lihat saja bagaimana Anwar Ibrahim pada tahun 1974 ditahan selama 20 bulan semata mata kerana dia membuat bantahan atau "protest' sewaktu dia masih menuntut di universiti malaya....dan beberapa tahun selepas itu, Lim kit siang pula ditahan selama 2 tahun....semua penahan ini dilihat tidak wajar memandangkan disebabkan berlainan pendapat, mereka dihumban ke dalam tahanan ISA....beberapa lagi tokoh yang lantang menyuarakan pendapat ditahan seperti chandra muzaffar, Karpal Singh, Halim Arshat dan juga Ibrahim Ali (kini wakil rakyat pasir mas)......oleh yang demikian diharapkan pemimpin di dalam kerajaan perlu mempunyai integriti yang tinggi di samping mempunyai pemikiran yang terbuka...
Akta ini tidak perlu dimansuhkan kerana ianya akan dapat menjadi alat bagi menahan individu2 yang ternyata mempunyai agenda2 jahat seperti yang saya nyatakan...tetapi jangan lah menggunakan akta ini sewenang-wenangnya....kita perlu membezakan hasutan yang berbaur kehancuran dan juga freedom of speech yang berpaksikan kebenaran...buat kerajaan yang masih diberi peluang pada waktu ini, diharapkan anda memgunakan akta ISA ini sebaiknya...janganlah sesuka hati menzalimi insan lain..kerana yang Maha Esa akan sentiasa membalas akan setiap perihal kejahatan yang anda lakukan...akhir sekali, ISA ini boleh di ibaratkan sebagai sebilah pisau, ianya dapat membantu manusia di dapur....namun ketajamannya juga masih mampu untuk membunuh....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...