Thursday, May 3, 2012
Dulu mencintai puisi A. Samad Said. Kini berjuang bersamanya..
Siapa
yang tidak kenal dengan susuk tubuh tua ini. Namanya tidak perlu diperkenalkan
lagi dalam dunia kesusasteraan tanah air. Umurnya yang lanjut tidak menjadi
penghalang buat dirinya mengepalai sebuah gerakan yang mahukan keadilan serta sebuah
kerajaan yang mengamalkan tertib tatasusila pentadbiran yang lebih bersih. Sebelum
Che Wan meneruskan bicara tentang tokoh ini, izinkan Che Wan menyebut namanya
terlebih dahulu. Namanya adalah A. Samad Said.
A. Samad
Said atau lebih dikenali sebagai Pak Samad adalah seorang sasterawan yang amat
perihatin terhadap permasalahan yang dihadapi oleh manusia sejagat. Che Wan mengenali
nama A. Samad Said ini sewaktu berada di bangku persekolahan melalui hasil
nukilan-nukilan puisinya yang indah. Namun bukanlah melalui puisi bahasa melayunya
yang mengenalkan Che Wan dengan A. Samad
Said ini tetapi melalui puisi bahasa inggerisnya yang bertajuk “The Dead Crow”.
Ketika itu subjek bahasa inggeris mewajibkan pelajar-pelajar sekolah untuk membaca
dan memahami “literature” dalam bahasa inggeris dan “poem” bertajuk The Dead
Crow ini merupakan salah satu puisi bahasa inggeris yang perlu dihafal oleh
pelajar-pelajar sekolah ketika itu. Jika tidak silap, Che Wan berada di
tingkatan dua sewaktu pertama kali membaca hasil sastera Pak Samad itu.
Puisi
The Dead Crow ini mengisahkan betapa pentingnya masyarakat dan ahli politik
untuk menjaga hasil khazanah alam. Banyak maksud tersirat didalam puisi The
Dead Crow ini jika diteliti.
Selepas
itu, barulah Che Wan mengenal hasil-hasil sasteranya yang lain seperti Lantai
T-Pinkie, Salina, Langit Petang, dan juga Warkah Eropah.
Rasanya
cukup kita berbicara tentang kehebatan Pak Samad dalam bidang kesusasteraan.
Cintanya terhadap bahasa tidak boleh sesekali dipertikaikan. Pemenang anugerah
Sasterawan Negara pada tahun 1985 ini adalah juga seorang pejuang keadilan yang
mungkin ramai masih tidak mengetahuinya.
Pak
Samad mungkin hanya tua dari segi usia tetapi semangatnya masih lagi muda
remaja dan nampak segar bugar. Bukan jawatan yang dikejarnya. Bukan juga wang
ringgit yang menjadi kiblatnya. Tahukah anda bahawa Pak Samad adalah pengerusi
bersama untuk gerakan bernama Gabungan Pilihanraya Bersih Dan Adil (Bersih
2.0)? Disebalik cakap-cakap yang mengatakan bahawa Bersih itu adalah semata-mata
dikepalai oleh seorang yang bukan islam bernama Ambiga, kenyataan itu adalah kurang tepat sama
sekali.
Hakikatnya, Pak
Samad merupakan “leader” atau ketua utama yang bersama-sama mengerakkan Bersih ini.
Niat hatinya itu sememangnya sangat baik. Beliau mahukan pihak kerajaan
memandang serius terhadap permintaan rakyat yang mahukan sistem pilihanraya
yang lebih adil dan bersih pada pilihanraya umum ke-13 nanti. Bukan kita mahukan pembangkang menang, tetapi biarlah padang permainan
itu dibuat sama rata, dan perlumbaan itu dimulakan di tempat yang sama oleh
kedua-dua parti yang bertanding. Diharapkan lapan tuntutan Bersih ini akan
dipenuhi oleh pihak kerajaan dengan segera. Perubahan lebih baik adalah perlu
demi untuk menjamin kemajuan negara.
Bersih
3.0 yang berlangsung pada 28 April lalu akan sentiasa tersemat didalam hati Che
Wan. Jika tubuh tua Pak Samad masih mampu untuk berjuang mempertahankan sistem
demokrasi negara ini, mengapa tidak anda anak muda? Fikir-fikirkan...
0 Ulasan:
Post a Comment