Jumlah Pelawat

Wednesday, December 14, 2011

Papa Gomo harus bertaubat

Dunia blog adalah medan maya dimana semua manusia diberikan ruang untuk berkongsi pendapat mereka tentang sesuatu perkara. Disebabkan jaringan liputan blog ini begitu meluas, maka seseorang blogger atau penulis blog itu mampu untuk mengetengahkan sesuatu isu dengan pantas dan cepat kepada pelayar dunia maya. Ianya tidak memerlukan modal yang besar untuk menerbitkan sebuah artikel di blog. Cukup sebuah komputer riba dan juga sambungan internet, anda mampu untuk menjadi seorang blogger.


Sebut sahaja nama Raja Petra Kamaruddin (RPK), pasti bermain dibenak fikiran masing-masing betapa beliau ini begitu “outspoken” mengkritik pentadbiran kerajaan Pak Lah pada tahun 2004. Kerana sifat berani inilah yang membuatkan blog beliau iaitu Malaysia-Today dikunjungi beribu-ribu pelayar dunia maya dalam sehari. Tidak dinafikan bahawa RPK merupakan seorang pelopor dalam dunia blog di Malaysia. Isu kes model Mongolia bernama Altantuya Sharibu yang dibunuh kejam mempunyai perkaitan dengan seorang pemimpin tertinggi negara ini juga adalah hasil laporan dari beliau. Tahun 2004 blog Malaysia-Today diasaskan, tahun 2008 tsunami politik berlaku di negara ini. Che Wan harap semua dapat melihat bagaimana kuasa penulisan blog ini dapat merubah cara rakyat negara ini berfikir dan membuat keputusan.


Diatas kesedaran itu Barisan Nasional juga turut tidak ketinggalan untuk mewujudkan seorang cybertrooper yang Pro kepada mereka (secara langsung atau tidak langsung). Jika RPK lebih menyebelahi pembangkang dan mengkritik kerajaan, Papa Gomo adalah blogger yang dilihat sangat-sangat ultra mempertahankan kerajaan pusat dan pada masa yang sama mengkritik pembangkang. Che Wan tidak menyalahkan Papa Gomo jika beliau ini mahu mengkritik pembangkang. Namun biarlah kritikan beliau itu disandarkan kepada fakta. Gaya bahasa yang beliau gunakan dalam penulisannya sangat tidak mengambarkan bahawa beliau ini mempunyai daya intelektual yang tinggi.


Cacian, makian, sumpah seranah, mencarut dan fitnah ibarat makanan bagi Papa Gomo. Sila klik (disini) untuk melihat sendiri blog Papa Gomo. Diharap pembaca boleh membuat perbandingan sendiri dengan sebaik-baiknya.


Kebebasan bersuara sememangnya hak setiap warganegara. Namun perlu ada tanggungjawab dan kesucian dalam menyampaikan suara tersebut. Pembaca juga harus bijak memilih mana satu fakta dan mana satu yang auta semata-mata. Blog kotor Papa Gomo ini mengambarkan betapa kotornya golongan yang mahu dipertahankan oleh beliau itu. Che Wan fikir, faktor taraf pendidikan rendah (hanya mempunyai SPM sahaja) membuatkan Papa Gomo tidak mengetahui apa itu “fakta”, “statistik kajian”, “literature review” dan sebagainya yang perlu disematkan bersama hasil penulisan. Papa Gomo hanya tahu menyerang pembangkang secara buta tuli sehingga kadangkala penulisan beliau menunjukkan betapa dangkalnya beliau ini.


Terbaru, Papa Gomo telah disaman oleh saudara Amin Iskandar iaitu salah seorang kolumnis Malaysian Insider atas tuduhan menfitnah dirinya. Tuduhan Papa Gomo ini sangatlah jijik kerana beliau menuduh saudara Amin Iskandar telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Che tidak faham mengapa Papa Gomo ini begitu suka dan gemar tentang perkara-perkara liwat-meliwat ini. Papa Gomo ini dilihat tidak mengunakan akal yang dianugerahkan oleh yang Maha Esa kepadanya dengan baik. Che Wan yakin rakyat sekeliling tidak sebodoh seperti yang Papa Gomo harapkan untuk mempercayai bulat-bulat apa yang beliau nukilkan itu. Tulisan-tulisan beliau ini kualitinya hanya layak berada di bakul sampah. Itu pun masih ada penyokong UMNO/BN tegar yang begitu membangga-banggakan Papa Gomo berfikiran lucah ini.


Ingatlah pesan seorang pejuang hebat dalam lipatan sejarah bernama Mahatma Gandhi. Katanya “When I despair, I remember that all through history the way of truth and love have always won”. Walau banyak mana pun fitnah, penipuan dan kepalsuan yang seseorang itu lemparkan ianya tidak akan sesekali dapat menutup kebenaran, hakikat sebenar dan cinta yang pasti akan menang pada akhirnya. Nasihat Che Wan pada Papa Gomo, segeralah bertaubat. Cukup-cukuplah dosa fitnah yang kamu lakukan itu.

4 Ulasan:

Mat Indera Sipejuang said...

Kesimpulan nya..... Lahirnya parti umno adalah hasil persetubuhan haram Inggeris Penjajah bapa kepada umno yang tidak diketahui siapa ibu nya....

Sebagai anak kesayangan Inggeris Penjajah sudah tentu segala perangai Inggeris Penjajah pecah perintah, fitnah, penipuan, rompak harta rakyat, rogol, maksiat dan penhujung nya MENGAKU DIRI BAIK diwarisi oleh umno....

Kepada pencaci lembUMNO yang dah nyawa-nyawa ikan.... walua apa pun alasan yang diberi oleh lembUMNO itu tidak bermakna ia tak boleh dikuburkan dalam PRU13 nanti.

Rakyat dah lama tertipu dengan segala kebaikan yang sebenar nya PENIPUAN umpama penjajah Inggeris berbuat

Anonymous said...

adeyh..
ithulah ..
pernah baca blog nieyh..
sumpah tak suka..
suka mencarut..
kenapa tak kena saman ek?

asifadio said...

papa gomo je la yg perlu bertaubat.. yg maki2 kat blog pro PR? tak yah bertaubat? yg kafirkan org tu tak yah taubat? jgn bias la weh..

Anonymous said...

asifadio, semua org ada dosa. semua org kena bertaubat. aku, ko, papa gomo, dan penulis blog ni sendiri tak terkecuali. jangan terlalu taksub dengan mainan politik dunia sehingga akidah sendiri terabai. sama-sama renungkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...