Ini adalah tempat dimana aku meluahkan pemikiran aku. Setuju atau tidak dengan pendapat aku ini, itu terpulang kepada pembaca untuk menilai. Aku percaya setiap orang mempunyai hak untuk memberikan sesuatu buah fikiran. Selari dengan apa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan ; Hak Kebebasan Bersuara. Blog ini dibangunkan sepenuhnya dari usaha aku tanpa dibiayai oleh mana-mana pihak.
Ya, sememangnya aku suka menulis. Biarlah ada kesilapan tatabahasa dimana-mana atau isi pemikiranku dirasa setengah masak. Tetapi pastinya aku tidak akan sesekali benarkan akal aku ini dijajah oleh imperialis media arus perdana yang berat sebelah dari segi penyampaian fakta dan maklumat.
Jika berpendapat blog ini berbaur hasutan mahupun fitnah, sila beredar. Tiada sebarang paksaan untuk anda membaca artikel-artikel yang ada di blog ini. Aku akan sebaik mungkin menggunakan olahan ayat yang baik. Selamat datang ke "Nukilan Sebuah Perspektif". – Che Wan.
0 Ulasan:
Post a Comment