Jumlah Pelawat

Monday, March 25, 2013

Bersih 2.0, Projek IC dan Keganasan di Lahad Datu


  
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) sebelum ini telah beberapa kali membuat tuntutan supaya senarai nama pengundi di negara ini segera dibersihkan agar proses pilihanraya dapat dijalankan dengan lebih adil dan telus. Tuntutan supaya senarai nama pengundi perlu segera dibersihkan bukanlah satu tuntutan yang sengaja diada-adakan. Terdapat beberapa tempat pengundian terutamanya di kawasan-kawasan yang kelihatan 50-50 mencatatkan pola peningkatan pengundi yang amat drastik.

Di kawasan Lembah Pantai (Parlimen Nurul Izzah - PKR) sebagai contoh, jumlah pengundi pos baru yang dicatatkan adalah seramai 2180 orang. Jumlah pengundi pos bagi kawasan parlimen itu meningkat dengan begitu ketara yakni mencatatkan peningkatan sebanyak 1463 peratus (%) yang mana pengundi pos kawasan parlimen tersebut hanya berjumlah 149 orang semasa PRU 12 yang lalu. Bila diselidiki, ada antara daftar pemilih statusnya meragukan dimana mereka-mereka ini tidak mempunyai alamat rumah yang sah.

Itu apa yang berlaku di salah sebuah kawasan parlimen di semenanjung yang mungkin kita boleh pantau dan teliti secara dekat. Namun bagaimana pula ceritanya dinegeri sahabat kita nun jauh diseberang Laut China Selatan sana? Yang juga menghadapi masalah serupa.

Negeri Sabah, Negeri Dibawah Bayu. sebuah negeri yang kaya dengan khazanah alam, baik di daratan mahupun di dasar laut. Dari dahulu lagi semenjak menyertai pembentukan Malaysia pada tahun 1963 Sabah pada pendapat Che Wan merupakan sebuah negeri penting yang mampu menyumbang kekayaan kepada negara berikutan sumber petroleum dan hasil kayu kayannya yang banyak.

Bagi ahli politik, mungkin Sabah dipandang lebih daripada itu. Sabah merupakan antara negeri terbesar di Malaysia mengandungi 24 kawasan Parlimen dan 58 kawasan Dun. Ianya satu jumlah kerusi yang begitu banyak dan perlu direbut sebaik mungkin jika mahu menguasai Putrajaya seterusnya bagi membentuk kerajaan persekutuan.

Tidak hairanlah politikus yang gilakan kuasa menggunakan seribu satu cara bagi memenangi pilihanraya di Sabah. Kadangkala cara yang mereka gunakan itu agak ekstrim serta berlawanan dengan semangat sebuah negara demokrasi yang berdaulat. Merujuk kepada kenyataan Dr Chong Eng Leong selaku Ketua Biro Keselamatan, Imigresen dan Reformasi Pilihan Raya dari Parti Keadilan Sabah, beliau mengatakan bahawa terdapat bukti mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad terlibat dalam skandal pemberian kad pengenalan pada warga asing dari Filipina dan juga Indonesia. Beliau menambah, warga asing yang ditahan akibat memiliki kad pengenalan apabila ditanya di mahkamah majistret pada September 1992 mengenai cara mereka mendapatkannya menjawab, ia diperolehi melalui ‘Projek Presiden Mahathir’ (Keadilandaily, 24 Ogos 2012).

Dakwaan isu "Projek IC" ini diperkukuhkan lagi dengan kenyataan bekas Ketua Daerah Sandakan, Hassnar Ebrahim ketika menjadi panel dalam forum bertajuk "Mahkamah Rakyat : Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar?". Beliau berkata, semasa Sabah di bawah pemerintahan Parti Bersatu Sabah (PBS) antara 1979 sehingga 1984, tidak kurang daripada 125,000 jumlah kad pengenalan yang dikeluarkan kerajaan persekutuan kepada sebilangan besar pendatang haram. Beliau juga turut mengakui bahawa beliau pernah menandatangani 500 borang kosong dalam satu masa ketika menjadi Ketua Daerah kawasan tersebut.

Jelaslah bahawa demi untuk terus berada di ambang kekuasaan, Barisan Nasional (BN) sanggup menggadaikan kedaulatan negara dengan memberikan kad pengenalan berstatus penduduk tetap kepada pendatang haram tanpa memikirkan apa implikasinya pada waktu hadapan.

Mereka tidak menyedari pemberian kad pengenalan secara berleluasa ini menyumbang kepada pelbagai masalah sosial, ekonomi dan lebih membimbangkan adalah ancaman keganasan. Krisis yang berlaku di Lahad Datu adalah akibat kecuaian pemerintah memberikan kad pengenalan kepada warga asing dengan sewenang-wenangnya.

Itulah sebabnya Jamalul Kiram III tidak berasa gusar menghantar pengikut-pengikutnya yang digelar tentera kesultanan Sulu untuk menceroboh Sabah. Walaupun jumlah mereka sedikit (anggaran antara 150-200 orang) tetapi beliau menyedari keturunan-keturunan Sulu yang sedia menetap di Sabah melalui Projek IC ini pasti akan membantu mereka.

Ini semua adalah akibat dusta-dusta Tun Mahathir lakukan satu masa dahulu demi untuk mengekalkan legasinya. Kita generasi hari ini terpaksa menanggung segala akibat buruk dari tindakannya itu. Che Wan begitu terkesan dan bersimpati terhadap pejuang-pejuang yang gugur di perbatasan. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Al-Fatihah..


Mungkinkah ada diantara penceroboh-penceroboh ini mempunyai Kad Pengenalan Malaysia?

Sunday, March 17, 2013

Edisi Fitnah: Konspirasi Video porno III

Terbaru, klip video porno homoseks yang kononnya melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) telah tersebar dikebanyakkan blog pro-UMNO. Motifnya tidak lain tidak bukan adalah semata-mata mahu menjatuhkan imej DSAI dimata rakyat. Sekali lagi video hitam putih kabur menjadi modal individu-individu tidak bermoral  ini bagi menuduh DSAI sebagai individu songsang. Ini satu tuduhan fitnah kerana bukti yang dikemukakan adalah tidak kukuh sama sekali. Setakat hanya memaparkan wajah "mirip" DSAI, belum tentu lagi bukti itu menjadi sesuatu yang sahih.

Pepatah melayu ada menyebut tentang istilah "pelanduk dua serupa" yang mana bermaksud dua orang individu mempunyai raut wajah yang seakan-akan sama. Perkara ini tidak mustahil berlaku memandangkan populasi rakyat dinegara ini sahaja telah menjangkau 28 juta. Tidak mustahil dalam jumlah manusia seramai itu kebarangkalian mempunyai persamaan paras rupa ini boleh berlaku.

Pengarah Institut Perubatan Molekul dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. A. Rahman A. Jamal juga mengakui hakikat tentang istilah "pelanduk dua serupa" ini. Beliau mengatakan bahawa tidak mustahil setiap individu di dunia ini mempunyai wajah yang hampir serupa. Beliau menambah, walaupun kini bumi dihuni tujuh bilion manusia yang terdiri daripada pelbagai kaum, mereka berasal daripada Nabi Adam dan isterinya Hawa.

Perkara ini bukanlah sesuatu yang aneh. Che Wan yakin dari pengalaman pembaca sendiri pun pasti pernah terjumpa mana-mana individu yang baru dikenali mempunyai wajah persis sahabat atau kenalan terdahulu bukan?

Wajah mirip selebriti atau tokoh-tokoh tertentu pernah didedahkan oleh pihak-pihak media sebelum ini seperti :- 

Saudara Ilham Anas yakni seorang jurufoto dari Indonesia mempunyai wajah iras Presiden Barack Obama.





Lee Peng Hock seorang ahli perniagaan mempunyai wajah iras Mantan Perdana Menteri - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Lee pernah beberapa kali mendapat layanan "mesra" orang ramai sewaktu berkunjung ke Singapura disebabkan wajahnya itu.



Munir dan Fahrin Ahmad manakala, saudara Shaifulruddin dan Mawi (Juara AF 4).























Sama tapi tak serupa. Pandangan sisi wajah Shaifulruddin dan Mawi.


















Seorang lagi rakyat Indonesia bernama Sodikin yang mempunyai wajah mirip bintang bolasepak dari Brazil, Ronaldinho.


Jangan keliru. Fida (Kiri) bekas pemenang gadis Pentene yang kini sedang mencipta nama dalam industri seni tanah air dan Datuk Siti Nurhaliza (Kanan). Mereka berdua adalah sepupu tetapi bukan kembar. Juga mempunyai wajah yang hampir seiras 



Datuk Johari Abdul, ahli parlimen Sungai Petani membuktikan bahawa wajahnya juga mampu menjadi persis Seniman Agung Negara Allahyarham Tan Sri P Ramlee dengan menggunakan teknik solekan moden dari negara Thailand. Teknik solekan ini biasa digunakan oleh pengarah-pengarah filem bagi mendapatkan kesan khas untuk kelihatan lebih "real".

Video seks songsang yang didedahkan oleh blog-blog pro-UMNO nyata adalah satu pelakuan jahat dan jijik bersifat fitnah bagi menjatuhkan DSAI seterusnya bagi melumpuhkan Pakatan Rakyat. Mereka akan menggunakan wajah individu "mirip" DSAI bagi menimbulkan prasangka. Justeru,  orang ramai diingatkan supaya berjaga-jaga dengan permainan tipu muslihat dan silap mata BN / UMNO ini. Jika tidak, minda yang putih jernih akan dipenuhi adegan porno yang meloyakan. Semoga kita terselamat dari dakyah kotor  mereka ini.


Wednesday, March 13, 2013

Ucapan takziah pada keluarga parajurit yang gugur di Lahad Datu. Hentikan segala tomahan yang mengaitkan mana-mana tokoh dari negara ini baik dari pihak kerajaan mahupun pembangkang dengan ancaman kesultanan Sulu ini. Bersatu padu pertahankan "rumah kita" dari serangan anasir luar walaupun kadang kala kita berbeza pegangan politik.

Lagu bertajuk "Rumah Kita" dari kugiran Hujan tribute untuk wira-wira negara berani tempur sampai ketitisan darah yang terakhir!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...