![]() |
Mahmoud Ahmadinejad...Satu-satunya pemimpin negara Islam yang berani melawan kehendak "polis dunia". |
Tuesday, January 31, 2012
Obama gagal dalam usahanya untuk membawa perubahan dunia
Barack
Obama adalah Presiden Amerika Syarikat pertama yang berasal dari keluarga kulit
hitam. Berjaya menawan tempat ke Rumah Putih selepas manifestonya “we can
change” berjaya menakluki hati majoriti pengundi sewaktu pemilihan jawatan
presiden mengalahkan seteru utamanya iaitu Hilary Clinton pada tahun 2008.
Menangnya
Obama dalam pilihanraya itu memberi harapan baru kepada segenap pelusuk dunia
rentetan kisah peperangan yang tidak pernah selesai sewaktu era pemerintahan
Presiden Bush. Obama berjanji bahawa beliau akan membuat perubahan ke arah
keamanan dan dasar luar Amerika Syarikat yang lebih diplomatik. Memanggil balik
kesemua askar-askarnya secara berperingkat yang berjuang di Iraq adalah sebahagian
perancangan beliau untuk membuktikan kepada dunia bahawa dasar luar Amerika Syarikat
kini telah berubah.
Faktor
zaman kanak-kanaknya yang lebih dekat dengan dunia islam (pernah menetap di
Indonesia ketika berumur 6 tahun), telah memberikan suatu tanggapan baik oleh negara-negara islam khususnya yang berada di
timur tengah seperti Syria, Lubnan, Palestin, Iran dan lain-lain lagi.
Namun,
itu adalah sekadar harapan yang kita inginkan. Bagi Che Wan, “wajah” Amerika
Syarikat tidak pernah berubah walaupun Presiden dan pemimpin negara itu bersilih
ganti. Amerika tetap Amerika.
Selepas
ini mungkin Iran akan menjadi negara ketiga yang diserang selepas Afghanistan
(2001) dan Iraq (2003). Alasan Amerika Syarikat seperti kebiasaannya adalah
untuk memerangi keganasan dan demi untuk membawa keamanan dunia. Hari ini
dengan tidak berlakunya peperangan, dunia sudah pun berada dalam satu suasana
yang aman dan tenteram. Tetapi, bagi negara yang memusuhi dan dengki akan
kekuatan negara lain, tentunya mereka akan mencipta sebab dan alasan untuk
menghalalkan penjajahan itu nanti.
Presiden
Iran iaitu Mahmoud Ahmadinejad, terang-terangan membidas dasar luar Amerika
Syarikat yang terlalu skeptikal terhadap dunia arab yang mahu membangunkan
teknologi tenaga nuklear mereka sendiri demi untuk menjana kuasa elektrik dan
kegunaan harian rakyatnya. Tehran tidak mengunakan kuasa nuklearnya untuk
membangunkan kelengkapan persenjataan seperti tuduhan somborono yang dilakukan
oleh Washington. Jika Amerika Syarikat boleh membangunkan reaktor nuklearnya
seperti yang berada diwilayah bernama Tennesse, mengapa tidak Iran juga
membangunkan reaktor nuklearnya sendiri?
Menurut
laporan dari media antarabangsa, Amerika Syarikat akan melakukan sekatan
ekonomi terhadap Iran jika mereka tidak menghentikan serta merta projek
pembanggunan teknologi nuklear mereka itu. Disini ada sedikit keganjilan.
Mengapa Iran tetap menjadi sasaran Amerika Syarikat berhubung isu nuklear ini
sedangkan banyak lagi negara-negara lain telah pun membangunkan teknologi nuklearnya
seperti Pakistan, India dan Korea Utara?
Jelaslah
bahawa dasar luar Amerika Syarikat tidak pernah sesekali berubah terutamanya
terhadap dunia islam. Masih menebal lagi rupanya persepsi mereka yang mana
mengaitkan agama islam sebagai pencetus kegiatan keganasan atau terorisme. Bagi
Che Wan, jika kelak Iran diserang oleh Amerika Syarikat, maka itu adalah bukti
jelas bahawa Presiden Barack Obama telah gagal mengotakan janjinya untuk
membawa perubahan dunia. Che Wan berharap, Malaysia dapat memainkan lebih
peranannya untuk mengkritik pentadbiran Presiden Obama berikutan keinginan
untuk menyerang Iran. Walaupun mungkin suara kritikan ini kelihatan “kecil”, tapi
ianya mengambarkan pendirian Malaysia di pentas dunia.
1 Ulasan:
Perlu diingat, Obama mungkin gagal dalam usahanya, tetapi gagal beliau adalah dalam skala yang kecil jika dibandingkan dengan kegagalan pemimpin2 sblum ini. Ini kerana, Amerika masih berada dibawah telunjuk Israel. Israel yang mahukan Status Quo di Timur Tengah mendesak Amerika membuat sesuatu kepada Iran, Obama telah mengambil pendekatan yang tidak mencetuskan kontroversi yang besar, iaitu dengan menghantar drone ke Iran. Ini akan meredakan seketika tuntutan puak2 gila Israel. Obama berada dalam dua situasi, keamanan dunia atau negaranya sendiri. Bagi saya, Obama mungkin gagal, tetapi gagal beliau adalah bersebab dan berskala kecil. Ini hanyalah pendapat saya dari sumber2 pembacaan di Internet.
Post a Comment