Monday, January 16, 2012
Sah! akar umbi UMNO sendiri menentang Sharizat
Che Wan gemar untuk berbicara tentang politik dengan sahabat-sahabat Che Wan yang diketahui penyokong setia UMNO. Baru-baru ini Che Wan berpeluang untuk berbual panjang dengan seorang sahabat Che Wan yang merupakan wakil pemuda UMNO bagi kawasan Puchong.
Banyak yang kami bualkan dari isu kenaikan sewa kedai bumiputera di PKNS, hukum hudud sehinggalah kepada isu penyelewengan Projek Ternakan Fidlot (NFC) kelolaan suami kepada ketua wanita UMNO iaitu Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil. Bagi isu-isu lain sahabat Che Wan ini jelas mempartahankan UMNO/BN dan menghentam Pakatan Rakyat.
Che Wan hanya mendengar kerana segala hujah-hujah yang dikemukakan olehnya jelas seperti yang diketengahkan oleh akhbar milik UMNO iaitu Utusan Malaysia dan juga berita di TV3 yang mana kita tahu laporannya berat sebelah dan terjadi penipuan maklumat.
Namun apa yang menariknya adalah sahabat Che Wan yang selesa dipanggil sebagai "abang D" itu sedikit meninggikan suara apabila topik perbualan kami menyentuh isu lembu NFC. Katanya "Sharizat tu sepatutnya bersara je dari politik ni sebab zamannya telah berlalu". Katanya lagi bahawa "roda kitaran karier politik Sharizat dah dekat bawah dan seeloknya Sharizat lepaslah segala jawatan dan bagi la peluang kepada muka-muka baru untuk memegang jawatan".
Dari riak wajah Abang D kelihatan sedikit kekecewaan terhadap salah guna kuasa yang dilakukan oleh pucuk pimpinan partinya itu.
Ketika melihat jam ditangan, baru Che Wan sedar bahawa hampir sejam kami berbual tentang isu-isu politik dan juga isu semasa. Kemudian kami mengakhiri perbualan tersebut. Kami bersalaman, dan sahabat Che Wan itu membuka langkah meninggalkan Che Wan. Jelas, hari itu Che Wan mengetahui bahawa adanya ketidakpuasan hati dari akar umbi terhadap kepimpinan Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.
Terpulanglah pada ahli-ahli UMNO yang lain untuk menyedarinya atau sengaja menutup mata terhadap isu lembu NFC ini.
0 Ulasan:
Post a Comment