![]() |
Mahmoud Ahmadinejad...Satu-satunya pemimpin negara Islam yang berani melawan kehendak "polis dunia". |
Tuesday, January 31, 2012
Obama gagal dalam usahanya untuk membawa perubahan dunia
Barack
Obama adalah Presiden Amerika Syarikat pertama yang berasal dari keluarga kulit
hitam. Berjaya menawan tempat ke Rumah Putih selepas manifestonya “we can
change” berjaya menakluki hati majoriti pengundi sewaktu pemilihan jawatan
presiden mengalahkan seteru utamanya iaitu Hilary Clinton pada tahun 2008.
Menangnya
Obama dalam pilihanraya itu memberi harapan baru kepada segenap pelusuk dunia
rentetan kisah peperangan yang tidak pernah selesai sewaktu era pemerintahan
Presiden Bush. Obama berjanji bahawa beliau akan membuat perubahan ke arah
keamanan dan dasar luar Amerika Syarikat yang lebih diplomatik. Memanggil balik
kesemua askar-askarnya secara berperingkat yang berjuang di Iraq adalah sebahagian
perancangan beliau untuk membuktikan kepada dunia bahawa dasar luar Amerika Syarikat
kini telah berubah.
Faktor
zaman kanak-kanaknya yang lebih dekat dengan dunia islam (pernah menetap di
Indonesia ketika berumur 6 tahun), telah memberikan suatu tanggapan baik oleh negara-negara islam khususnya yang berada di
timur tengah seperti Syria, Lubnan, Palestin, Iran dan lain-lain lagi.
Namun,
itu adalah sekadar harapan yang kita inginkan. Bagi Che Wan, “wajah” Amerika
Syarikat tidak pernah berubah walaupun Presiden dan pemimpin negara itu bersilih
ganti. Amerika tetap Amerika.
Selepas
ini mungkin Iran akan menjadi negara ketiga yang diserang selepas Afghanistan
(2001) dan Iraq (2003). Alasan Amerika Syarikat seperti kebiasaannya adalah
untuk memerangi keganasan dan demi untuk membawa keamanan dunia. Hari ini
dengan tidak berlakunya peperangan, dunia sudah pun berada dalam satu suasana
yang aman dan tenteram. Tetapi, bagi negara yang memusuhi dan dengki akan
kekuatan negara lain, tentunya mereka akan mencipta sebab dan alasan untuk
menghalalkan penjajahan itu nanti.
Presiden
Iran iaitu Mahmoud Ahmadinejad, terang-terangan membidas dasar luar Amerika
Syarikat yang terlalu skeptikal terhadap dunia arab yang mahu membangunkan
teknologi tenaga nuklear mereka sendiri demi untuk menjana kuasa elektrik dan
kegunaan harian rakyatnya. Tehran tidak mengunakan kuasa nuklearnya untuk
membangunkan kelengkapan persenjataan seperti tuduhan somborono yang dilakukan
oleh Washington. Jika Amerika Syarikat boleh membangunkan reaktor nuklearnya
seperti yang berada diwilayah bernama Tennesse, mengapa tidak Iran juga
membangunkan reaktor nuklearnya sendiri?
Menurut
laporan dari media antarabangsa, Amerika Syarikat akan melakukan sekatan
ekonomi terhadap Iran jika mereka tidak menghentikan serta merta projek
pembanggunan teknologi nuklear mereka itu. Disini ada sedikit keganjilan.
Mengapa Iran tetap menjadi sasaran Amerika Syarikat berhubung isu nuklear ini
sedangkan banyak lagi negara-negara lain telah pun membangunkan teknologi nuklearnya
seperti Pakistan, India dan Korea Utara?
Jelaslah
bahawa dasar luar Amerika Syarikat tidak pernah sesekali berubah terutamanya
terhadap dunia islam. Masih menebal lagi rupanya persepsi mereka yang mana
mengaitkan agama islam sebagai pencetus kegiatan keganasan atau terorisme. Bagi
Che Wan, jika kelak Iran diserang oleh Amerika Syarikat, maka itu adalah bukti
jelas bahawa Presiden Barack Obama telah gagal mengotakan janjinya untuk
membawa perubahan dunia. Che Wan berharap, Malaysia dapat memainkan lebih
peranannya untuk mengkritik pentadbiran Presiden Obama berikutan keinginan
untuk menyerang Iran. Walaupun mungkin suara kritikan ini kelihatan “kecil”, tapi
ianya mengambarkan pendirian Malaysia di pentas dunia.
Monday, January 16, 2012
Sah! akar umbi UMNO sendiri menentang Sharizat
Che Wan gemar untuk berbicara tentang politik dengan sahabat-sahabat Che Wan yang diketahui penyokong setia UMNO. Baru-baru ini Che Wan berpeluang untuk berbual panjang dengan seorang sahabat Che Wan yang merupakan wakil pemuda UMNO bagi kawasan Puchong.
Banyak yang kami bualkan dari isu kenaikan sewa kedai bumiputera di PKNS, hukum hudud sehinggalah kepada isu penyelewengan Projek Ternakan Fidlot (NFC) kelolaan suami kepada ketua wanita UMNO iaitu Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil. Bagi isu-isu lain sahabat Che Wan ini jelas mempartahankan UMNO/BN dan menghentam Pakatan Rakyat.
Che Wan hanya mendengar kerana segala hujah-hujah yang dikemukakan olehnya jelas seperti yang diketengahkan oleh akhbar milik UMNO iaitu Utusan Malaysia dan juga berita di TV3 yang mana kita tahu laporannya berat sebelah dan terjadi penipuan maklumat.
Namun apa yang menariknya adalah sahabat Che Wan yang selesa dipanggil sebagai "abang D" itu sedikit meninggikan suara apabila topik perbualan kami menyentuh isu lembu NFC. Katanya "Sharizat tu sepatutnya bersara je dari politik ni sebab zamannya telah berlalu". Katanya lagi bahawa "roda kitaran karier politik Sharizat dah dekat bawah dan seeloknya Sharizat lepaslah segala jawatan dan bagi la peluang kepada muka-muka baru untuk memegang jawatan".
Dari riak wajah Abang D kelihatan sedikit kekecewaan terhadap salah guna kuasa yang dilakukan oleh pucuk pimpinan partinya itu.
Ketika melihat jam ditangan, baru Che Wan sedar bahawa hampir sejam kami berbual tentang isu-isu politik dan juga isu semasa. Kemudian kami mengakhiri perbualan tersebut. Kami bersalaman, dan sahabat Che Wan itu membuka langkah meninggalkan Che Wan. Jelas, hari itu Che Wan mengetahui bahawa adanya ketidakpuasan hati dari akar umbi terhadap kepimpinan Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.
Terpulanglah pada ahli-ahli UMNO yang lain untuk menyedarinya atau sengaja menutup mata terhadap isu lembu NFC ini.
Thursday, January 5, 2012
Insiden di UPSI: Ada kecacatan dalam sistem pendidikan negara ini
Che Wan bersimpati
dengan nasib mahasiswa yang cedera sewaktu melakukan protes aman pada Sabtu yang lalu (31.12.2011).
Seperti kebiasaan, kenyataan dari Ketua Polis Perak dan juga laporan dari
Buletin Utama TV3 tidak menyebelahi para-para mahasiswa yang cedera sewaktu protes
aman itu berlangsung. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Komisioner Datuk Mohd Shukri Dahlan (Ketua
Polis negeri Perak), mengatakan bahawa mahasiswa-mahasiswa malam itu mencederakan
diri mereka sendiri dan bukannya akibat dari tindakan ganas polis.
Sebaik sahaja mendengar
penjelasan dari Ketua Polis bagi negeri Perak ini, Che Wan hanya tersenyum.
Jawapan yang diberikan oleh beliau ini memang sungguh tidak masuk akal. Adalah
sebegitu bodoh untuk mempercayai bahawa pelajar-pelajar yang bijak pandai ini
mencederakan diri mereka sendiri. Kenyataan seperti ini mengingatkan Che Wan
tentang apa yang telah berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu
dimasukkan kedalam penjara pada tahun 1998. Pihak polis mengatakan bahawa Anwar
Ibrahim telah menumbuk matanya sendiri sehingga lebam.
Mungkin bagi pihak
polis, pelajar yang cedera parah sehingga dikejarkan ke hospital ini telah
menghentuk kepala mereka sendiri ke jalan tar dan menumbuk perut mereka
sendiri. Adakah alasan sebegini mudah untuk kita percayai? Mengarut. Memang
mengarut.
Ini semua retorik yang
sengaja direka-reka untuk menghalalkan tindakan ganas terhadap orang-orang yang
dilihat menentang mereka. Adakah perlu untuk menyakiti rakyat yang hanya
mahukan hak mereka dikembalikan? Soalan ini perlu dijawab oleh Ketua Polis
Perak.
Sesungguhnya ada satu
kecacatan didalam sistem pendidikan kita hari ini. Pihak kerajaan perlu sedar
bahawa mahasiswa adalah golongan “non-partisan” yang mana mereka ini tidak
menyebelahi mana-mana pihak. Setiap apa yang diperjuangkan oleh mereka adalah
keperluan mereka sendiri dan selari dengan kehendak zaman hari ini. Kebebasan
berakademik perlu diberikan kepada mereka. Cara-cara mengongkong seperti ini
hanya memburukan lagi keadaan dan kualiti institusi pengajian di negara ini.
Che Wan kemukakan bukti. Kita lihat ranking Universiti Malaya sebagai contoh.
Sebelum ini, berpandukan
data yang dikeluarkan oleh Times Higher Education World University Rankings, kedudukan universiti
tersohor di Malaysia itu mendapat tempat ke 84 universiti terbaik didunia pada
tahun 2004. Namun disebabkan sistem pendidikan dinegara ini yang bersifat
mengongkong, maka kualiti pendidikan di universiti itu menurun dan rankingnya tergelincir
tahun demi tahun. Pada tahun 2011, Universiti Malaya berada dikedudukan 167. Anda
lihat sendiri bagaimana akta-akta yang mencengkam ini telah membunuh sifat
intelektual dan keberanian mahasiswa-mahasiswa di negara ini. Universiti-universiti
yang menghalang demokrasi di kampus ini juga telah menyekat daya pemikiran
kreativiti dan inovasi pelajar-pelajarnya secara tidak langsung.
Tidak salah sebenarnya
untuk membenarkan mahasiswa-mahasiswa di negara ini untuk terlibat secara
langsung dalam dunia politik. Pendapat yang mengatakan bahawa pelajar-pelajar
yang terlalu taksub dengan politik akan menjejaskan pencapaian akademik mereka
adalah tidak tepat sama sekali. Pencapaian akademik pelajar dan berpatisipasi mereka dalam
politik tiada langsung kena mengena. Sebenarnya penglibatan mahasiswa dalam
politik sama sahaja seperti mereka terlibat dalam aktiviti kokurikulum yang
lain seperti aktiviti kawad kaki, sukan, menjadi ahli dalam persatuan bahasa
dan sebagainya. Adilkah untuk kita membuat telahan awal dengan mengatakan
bahawa pelajar yang aktif di dalam kokurikulum itu lemah dalam akademiknya?
Sewaktu Che Wan
bergelar mahasiswa dahulu, ramai juga rakan-rakan Che Wan yang aktif dalam
sukan dan pada masa yang sama mempunyai pencapaian akademik yang baik sehingga
mendapat anugerah dekan setiap semester melebihi individu yang kurang sosialnya
yang boleh dikategorikan sebagai “ulat buku”.
Ini yang kurang
difahami oleh segelintir masyarakat kita hari ini. Mereka memandang negatif
terhadap golongan mahasiswa yang menuntut hak untuk berpolitik. Mereka
saharusnya mengetahui bahawa dengan memberi pendedahan kepada mahasiswa di
peringkat awal untuk berkecimpung didalam dunia politik, maka kita dapat
melahirkan pemimpin politik yang matang pada masa hadapan. Tempoh belajar di
universiti merupakan saat berharga untuk mereka mengasah bakat dan mencungkil potensi
diri mereka dalam bidang politik. Menyekat kemahuan mereka adalah seperti membuang
permata yang bernilai di negara ini. Kita membunuh pemimpin-pemimpin hebat masa
hadapan.
Seharusnya potensi diri mereka itu kita perlu semai dan bajai dengan baik. Bukan dengan menunjukkan penentangan keras lagi kasar seperti yang terjadi di UPSI tempoh hari. Pendekatan polis untuk meleraikan rapat umum mahasiswa itu banyak kelemahannya. Terlampau banyak tekanan yang diberikan kepada mahasiswa pada malam itu. Dengan polis FRU lengkap bersenjata, mahasiswa tidak bersenjata diheret dan dilayan dengan kasar. Pihak polis perlu kembali mengingati amanah yang diberikan kepada mereka. Tugas Polis adalah untuk menjaga keamanan dan bukannya menambah lagi ketegangan.
Seharusnya potensi diri mereka itu kita perlu semai dan bajai dengan baik. Bukan dengan menunjukkan penentangan keras lagi kasar seperti yang terjadi di UPSI tempoh hari. Pendekatan polis untuk meleraikan rapat umum mahasiswa itu banyak kelemahannya. Terlampau banyak tekanan yang diberikan kepada mahasiswa pada malam itu. Dengan polis FRU lengkap bersenjata, mahasiswa tidak bersenjata diheret dan dilayan dengan kasar. Pihak polis perlu kembali mengingati amanah yang diberikan kepada mereka. Tugas Polis adalah untuk menjaga keamanan dan bukannya menambah lagi ketegangan.